Saturday 24 September 2011

Moh pikior kome

 Mayat Berjalan di Kampong Toradja

Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

P/S: Aku ada seorang kawan di Sabah, katanya, ia memang benar. ayah nya seorang traveling, dia pergi ke kampung toraja tu. mereka melakukan upacara itu konon bagi mewujudkan kuasa tersebut. Memang itu adatnya beratus tahun dahulu, cerita mayat berjalan pulang ini terjadi apabila Kampung toradja barat dan kampung toradja timur saling berperang, Ramai yang terkorban dalam peperangan ini, ada yang hilang dan terlalu ramai mayat bergelimpangan untuk menguruskan pengebumian. jadi mereka wujudkan satu kuasa ajaib ini supaya bagi memudahkan pengurusan mayat.

Ayahnya bermalam di situ, apabila malam menjelma kebetulan ada jiran meninggal di rumahnya. Penduduk semua kecoh berteriak, apabila ayahnya pergi melihat sendiri dia terkejut mayat itu berjalan keluar meninggalkan kawasan kampung itu dan pergi ke kuburnya sendiri. ayahnya menjadi histeria, nasib baik ada ubatnya untuk kembali semangatnya. Penduduk kampung Toradja ini pun ada juga yang tidak biasa melihat kejadian tersebut.

korang ada berani ker?saksikan imej di bawah.AMARAN! bagi sesiapa yang lemah semangat adalah lebih baik anda jangan melihatnya...



Video





Pejuang @ penderhaka.......

Kebelakangan ini, kita asyik di sajikan dengan berita berkaitan Mat Sabu, Komunis dan juga Mat Indera. Siapakah sebenarnya Mat Indera ini? Berikut sedikit sejarah ringkas dan biodata Mat Indera.

MAT INDRA Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.
Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik. MiloSuam.
Untuk kajian lebih mendalam bagaimana dan apakah perjuangan serta peranan beliau dalam kemederkaan Malaysia, perlulah dirujuk kepada penulisan-penulisan sejarah kerana jika ditulis dan dibaca melalui web mungkin boleh mendatangkan kekeliruan serta salah faham. Pergi Perpustakaan Negara ataupun dapatkan artikel berkaitan beliau untuk pemahaman lanjut.